Friday, September 4, 2009

AkU DaN TalaSeMiA....WhAt???




mase intersesi ri tu aku g wt ujian talasemia kt hospital Segamat....
result die dh kuar...but aku xbrani nk g ambil....takut pn ade...
ntah2 aku antara salah sorg pesakit nye....
peh... tkut sgt.... jom kite tgk ape sebenarnye TALASEMIA.....



Talasemia atau dalam bahasa Inggerisnya Thalassaemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalassaemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan haemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Thalassaemia tidak dapat menghasilkan haemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.
Haemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).Sel darah merah bertugas membekalkan oksijen kepada tisu dalam badan manusia.
Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan haemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.Pesakit talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.


Jenis Talasemia
Terdapat dua jenis talasemia iaitu:

Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyaikecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemiaatau pembawa.

Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyaibaka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

No comments:

Post a Comment